Monday, July 8, 2013

Ep. 153 : Blind Wall

Apa status aku? Adakah aku bersedia untuk buka jalan baru?

Soalan yang bermain difikiran sempitku. Soal cinta ini sememangnya bukan aku boleh paksa. Mungkin dari dulu lagi aku rasa sudah hilang. Teringat kisah lama, dari pagi bangunku sehingga terpejam mataku tidur. hanya nama dia terlintas di kepalaku. Bagai hidup tidak bermakna tanpa kehadirannya. Biasa la tu, bebudak sekolah. 4 tahun.. 4 tahun saja dapat bersama.. selepas tu pintu hati ini keras menutupi segala rasa cinta dan terus berpegang dengan status bujang.
Kadang-kadang aku tak pasti, bersedia atau tidak. Mungkin disebabkn pintu hati di mangga dengan rapi tidak dapat membuka hanya dapat menebuk.Bukannya ego, ianya lebih kepada takut dilukai. Buat masa ini, biarlah aku buka jalan baru sendiri.

No comments:

Post a Comment